Wednesday, July 9, 2008

Hurrah!

Hari ini saya amat dan cukup gembira...mahu tahu kenapa? Saya dapat bermain bola keranjang dengan jiran saya! Memang sah jiran saya dah handal...maklumlah,pro! Saya terfikir-fikir juga,mana dia belajar aksi-aksi yang hebat untuk memasukkan bola ke dalam gol. Mungkin dia belajar dari kawannya?? Apa pun,saya sangat gembira dengan Daniel. Saya yakin yang satu hari,dia akan menjadi seorang yang hebat dalam bola keranjang. Pada saya,bola keranjang boleh membuat kita sihat dan cergas. Saya sanggup bermain bola keranjang setiap hari hanya untuk menjadi seorang yang mahir dalam bola keranjang!!!

Tuesday, July 8, 2008

Impianku

Ngantoknya saya....tadi saya ada kelas tambahan jadi saya tidak dapat bermain bola keranjang. Ngantok-ngantok pun boleh buat post. Saya teringin sangat untuk menjadi seorang yang mahir dalam bola keranjang dan saya ingin bertanding dengan pasukan bola keranjang antarabangsa.
Maklumlah,pro.....saya bertekad untuk menjadi seorang yang mahir dalam bola keranjang dan saya yakin yang hari yang saya nanti-nantikan akan tiba....

Monday, July 7, 2008

Best Nya!

Tadi saya baru sahaja pulang dari bermain bola keranjang. Penat tetapi puas! Akhirnya,saya dapat bermain bola keranjang dengan menggunakan bola keranjang saya yang baharu. Yahoo!! Saya bermain bola keranjang dengan jiran saya,Daniel. Entah mengapa dia suka sangat bermain bola keranjang dengan saya walaupun dia hanya 7 tahun! Mungkin dia suka dengan cara saya mencampak bola ke dalam gol ? Apa pun saya berasa gembira bermain bola keranjang dengannya.

Seronoknya!

Hari ini saya rasa letih dan tidak bertenaga untuk bermain bola keranjang. Saya berasa letih kerana semalam saya baru sahaja pulang dari Johor. Saya pergi ke rumah makcik saya di Johor. Maklumlah,rindukan makcik...di rumah makcik saya,saya bermain bola keranjang di belakang rumahnya. Beliau ada permainan bola keranjang untuk kanak-kanak bermain. Saya impikan rumah macam makcik saya. Mungkin esok saya ada cukup tenaga untuk bermain bola keranjang!

Friday, July 4, 2008

Jiran Saya

Saya tidak sabar untuk membeli bola keranjang yang baharu...maklumlah,macam orang tidak ingat dunia. Sementara menunggukan kehadiran bola keranjnag saya yang baharu itu,saya bermain bola keranjang dengan jiran saya. Namanya Daniel. Dia tidak begitu pandai dalam bola keranjang tetapi dia boleh gol dengan mudah. Dia mula berjinak dengan bola keranjang ketika dia melihat saya mencampak bola itu ke dalam gol dengan hebat. Dia mahu saya tunjuk ajar bagaimana mahu bermain bola keranjang. Sekarang,dia sudah pandai untuk mencampak bola ke dalam gol dengan baik. Tadi,dia menewaskan saya dalam permainan bola keranjang. Saya begitu bangga dengan Daniel.

Tidak Sabar Rasanya

Saya gembira sangat sekarang.Mahu tahu kenapa? Bapa saya telah berjanji dengan saya yang beliau akan membeli bola keranjang yang saya mahukan itu. Seronoknya kalau ada bola keranjang yang berjenama. Saya tidak sabar untuk menunggu kehadiran bola keranjang saya yang baharu itu!!

Ingin Membeli Sesuatu Yang Baharu

Bosannya duduk di rumah,tidak boleh bermain bola keranjang. Lagipun,bola saya sudah tidak boleh digunakan lagi. Saya mahu membeli bola yang baharu. Bola yang berjenama seperti,Nike,Spadling atau Converse. Saya ingin membeli bola itu dengan duit saya tetapi bapa saya tidak memberi izinnya untuk menggunakan duit saya. Bagaimana saya mahu membeli bola keranjang itu?